Profil

AR-Royyan Consultant (ARC) merupakan sebuah syarikat yang diasaskan oleh En. Abd. Razak Bin Busu Bakar sekitar tahun 90-an. Semenjak penubuhannya, ARC telah banyak menganjurkan training dan seminar di merata tempat melibatkan pelbagai badan dan agensi. Bermula daripada agensi kerajaan dan swasta, sehinggalah kepada sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi.

Antara bentuk-bentuk program yang dikendalikan oleh ARC adalah:

1. Team building
2. Kursus keusahawanan
3. Perubahan sikap
4. Meningkatkan prestasi dan kualiti kerja
5. Peningkatan keagamaan:
    -Motivasi Solat
    -Keluarga Islam
6. Dan lain-lain.


ARC turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak dalam penganjuran program. Antara pihak-pihak yang pernah bekerjasama dengan ARC ialah:

1. Kolej Komuniti
2. Maktab Rendah Sains MARA Kuantan
3. Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib
4. Oasis Beach Camp
5. Brind Garden
6. Akademi Puncak Jaya
7. Healthbuilders (Program Usahawan Rakan Niaga)
9. GIVE Club

Sehingga kini, ARC masih lagi menerima jemputan-jemputan untuk mengadakan kursus pelatihan dan seminar melibatkan pelbagai badan dan agensi seperti yang dinyatakan di atas.